Monday, March 16, 2009

PPSMI

Agaklama la jugak aku dah tak menaip, dah naik boring bila tengok politik Malaysia yang dah naik gila nie.... Terbaru satu isu yang sudah diperbesar-besarkan tapi kalau nak diingat - ingatkan isu nie dah lama dah, cuma baru sekarang baru diperbesar - besarkan. Mungkin ada sesetengahnya yang lupa gamaknya bahawa mungkin Brother Anwar Ibrahim telah memperkenalkan penggunaan bahasa Melayu baku tetapi sekarang telah menjadi bahasa Malaysia bakul. 

Let's look back...

I purposely changed into English so that some of you can contemplate ( if you wish to ). Now let us see, and i am under the impression that everybody will agree on this, that both math and science used english as its medium with science having a lee way because most of it term coins greek languange. Now, what is the best way to study this any subject if not using the medium that it commonly used? Let's take Islamic teaching. Dont you know that ALL of the teaching in ISLAM uses ARABIC as a medium? be that guy from any part of the world, he will still uses arab to learn it, to teach it and to write about. Then, come along some guy who would provide the translation, so that we the people of the future could learn it with our mother tounge with the expense of we acquaring a new language in our vacabluary arsenal! Please dont deny it cus you know its true. Hey, they brought Indonesian teachers to teach Math and Science in Malaysia so our people can learn it in bahasa melayu. Do you want this to be done again? brothers, at that time when this is happening, Malaysia just have been granted independence unlike Indonesia whom got theirs earlier than we did. So we used them as a platfrom to educate our people rather than having to take the time to learn it piece by piece, we took the express train and now as the end result, we are at par with em (plus minus at par). So dont you agree that if we use science and math and learn them in the terms that it is normaly used, we could be better? and perhaps near future we can translate it to bahasa malaysia (somebody please ask someone to change bahasa malaysia to bahasa MELAYU) if not both then perhaps only science, after all math is numbers and numbers is mostly the same everywhere except for arab when 3 is 4 turn sideways. 

P.s - Envy them chinese and indian. They have three language they can used whilst we the Malays have only two. yen na dei thambi.

Tuesday, July 24, 2007

Tidak Akan Melayu Hilang di Dunia.

Pernah tak korang semua dengar ungkapan keramat "Tidak akan Melayu Hilang di Dunia"? Korang setuju tidak dengan ungkapan ini? Adakah korang akan katakan memang Melayu PASTI Akan wujud di dunia biarpun sampai hari kiamat Melayu pasti akan ada? Cube fikirkan..... Aku terpaksa setuju dengan kawan aku, Melayu akan hilang didunia dalam tempuh 200 tahun lagi selagi mana mentaliti pemikiran anak - anak muda melayu tidak berubah. Kalau adapun nama Melayu, mungkin selepas 200 tahun, boleh dijumpai di dalam Muzium negeri ataupun negara. Apa sebab? Cuba fikirkan apa yang aku dah cakap dulu didalam "post" aku yang pertama sekali. Aku tengok la kan, selagi pola pemikiran orang melayu dengan ayat "tak pe lah" dengan budaya mengalah, serta Perasaan Hasad Dengki yang ada dekat orang Melayu nie, aku rasa memang takkan lama.

AKu nak cakap lebih lagi, nanti Pak Lah marah..... Tangan pulak dah letih nak taip..... Korang bawak jelah pikir.....

Sunday, February 18, 2007

Silat

Aku tengok sekarang nie bayak juga orang melayu yang mula belajar silat, tapi banyak dekat IPTla, kalau dekat sekolah, tak suka diorang, diorang nak belajar te kwan do je ( jgn marah ye ) kalau tidakpun mesti sebab ibu dan bapa tak bagi. Tapi yang aku paling pasti sekali banyak jugak la kan orang putih yang nak belajau silat. Silat nie sebenarnya baik, bagus, bukan je ntuk jasmani, malah rohani sekali. Tapi sayang la kan, pasal aku tgk banyak gile yang kene ikut silibus, bile free sparring semua kantoi! buah "mati" tak buleh hidup. Sedangkan kalau bab dalam silat, buah semua buah hidup kecuali silat gaya panglima; sebab setiap gerak panglima memang unuk bunuh. Al-maklumlah, panglima kan kene perang. itu bab gaya, atau seni, sebenarnyala kan, pada pendapat aku, silat ni merupakan salah satu cabang dakwah sebab orang tua-tua zaman dulu dah campur adukkan seni pertahanan diri dengan agama Islam itu sendiri, cuma dia lebihkan lagilah dengan mandi adat dan segala macam, dan sebenarnya, silat biarpun dari silat pulut mahupun silat khawin atau silat apa sekalipun, seni beladiri ini merupakan yang paling bahaya didunia, sebab bukan sahaja fizikal termasuk, bahkan ilmu kebatinan ma'rifat dari ALLAHpun ada. Perkara ini diakui sendiri oleh sebilangan pahlawan K1 dan ultimate worrior serta hasil dari banyak kajian yang telah dilakukan.
- Sayangla jugakkan anak-anak bangsa aku malas nak belajar ilmu nie.......

Saturday, February 17, 2007

Nasib Melayu 1

Genap 2007, dah masuk 50 tahun Malaysia merdeka.... Negara, tanah airku merdeka..... tapi anak bangsa aku makin banyak dijajah. Macam rela la pulak aku tengok. Kadang kadang, aku terpikir, apa nak jadi dengan budak budak melayu muda macam sekarang ni? Dengan mat rempit, budak punk, budak goth...... pendek kata macam-macam lagilah!! Akhir sekali kita dijajah balik dekat tempat sendiri. Jajah pada sesetengah pendapat hanya fizikal, tetapi jangan salah lupa erti, anak muda Malaysia sekarang ni dijajah dari segi mental. Mengapa aku cakap macam itu? Senang, toleh kiri, toleh kanan, apa yang kamu nampak? Sidara susah nak dipastikan dara ( tidak pastilah, cuma kawan aku cakap kalau 10 gadis perempuan beratur, ntah-ntah 2 je yang dara) itu, baru satu, tengok lagi sidara, pakai pakaian macam tak cukup kain, ada tutup tingkap, pintu terbukak, ada yang tutup pintu, tingkap terbukak, ada aygn tutup atap, pintu tingkap terbukak, dan kebanyakkan anak anak KL ni atap, tingkap sampaikan pintu dibukaknya!!! Itu baru dara, belum teruna.... Si teruna pulak, ada yang dress macam cina, ada yang dah jadi Lepuan (Lelaki + Perempuan) ada yang macam-macam........ haih..... itu baru segi dari pemakaian, sekarang tgk pula perangai, aku nampak banyak anak anak melayu aku nie, dah rosak, merempit, punk, skin, gangster, player, black metal dan macam macam lagilah..... yang buat aku hairan tu, anak anak cina kurang pulak perangai macam budak budak melayu nie, Jarang jugak dengar diorang buat masalah..... banyak anak melayu je, lepas tu diorang nie, kawal ekonomi, kawal negara........ anak anak melayu, kawal tiang bendera atau duduk di pos kawalan jadi jaga........Jangan salah anggap, aku bukan "rasist" aku tak benci bangsa lain, cuma aku hairan kenapa anak-anak melayu sendiri jadi macam ni? Bahasa ibunda sudah dibuang, kalau yang anak berada; hip-hoppers, anak lord etc... asyik nak cakap bahasa orang putih, yang di bawah pulak (samada selalu naik motor atau jalan kaki saja ) bahasa penjajah tu sepatah haram tak paham, tapi ikut jugak!!!! Jadi untuk menggantikan tempat anak anak muda kita nilah cina cina masuk meniaga, tak kira la habis sekolah ke, tak habis ke, mesti nak meniaga. Dulu, ada seorang pakar ekonomi dan ahli illuminati ( kalau korang tak tau apa tu illuminati, cari kan internet untuk konspirasi ) dia cakap,
bagi aku ekonomi sesebuah negara dan aku akan tadbir negara tersebut kerana ekonomi adalah nyawa sesuatu negara
mungkin korang tak faham apa yang aku nak sampaikan, tapi disini aku cuba nak cakap, disebabkan cina banyak berniaga dan anak anak muda diorang tak merapu, ekonomi tanah melayu nie diorang yang pegang, kalau adala anak melayu atau bapak melayu yang berniaga, banyak yang nak jadi kuda cina. Nak kaya cepat, tak nak usaha......

aku nak cakap banyak tak boleh, nanti pak lah marah, tapi pikir pikir kan lah......